Wednesday, August 20, 2014

ulang tahun ke-4


tulisan sudah lama terhenti, berhenti dan enggan bergerak. Kemudian, aku mengerakkannya sedikit, agar terjaga dari lena yang amat lama.

aku sedang berlari dikejar oleh dunia, dalam larian yang lintang pukang. tiada hala tuju.

Tuhan itu maha Pemurah, aku yakin. Aku ada bukti, yang kukuh,
mana bisa aku di sini dengan posisi yang aku ada tanpa bantuan daripadaNya,
usaha aku sedikit, doa aku itu rompang, amalanku robak,
cumanya Tuhan mengasihi diriku yang hina dan jarang untuk sedar diri.
* sinis.

Selamat ulang tahun ke-4 bergelar pendidik, sesungguhnya terlalu mulia kerjaan itu untuk marhaen hina seperti aku ini. *malu
moga rasa cinta ini dapat Engkau suburkan dan tidak akan layu.

Terima kasih Tuhan, kerna sentiasa menyayangi aku yang tidak baik ini.

No comments:

Post a Comment