Tuesday, September 16, 2014

dipukau wangi pagi

kita perlukan jiwa yang luhur untuk membuktikan keluhuran kata-kata,
yang dibicarakan di bibir perlukan kepastian,
adakah kata-kata itu cuma ucapan yang melekat rasa was was
atau ucapan yang diteguhkan dengan keyakinan.
cuma jiwa yang luhur mampu memberikan jawapan.
mengira cuti yang berbaki lima hari,
dengan kaki jua tangan diikat oleh timbunan kerjaan yang meronta untuk dilepaskan.
aku diam dan mencuba untuk tidak mendengar kebisingan itu.
Pagi ini terasa begitu wangi sehinggakan aku sukar untuk melepaskan.
Kicauan unggas di desa ini memadam jeritan kerjaan itu.
cuba dengar irama itu, indahkan?
khayalan yang mengasyikkan dan keasyikan yang mengkhayalkan.
dan, itulah ritau pagi, tatkala aku dipukau wangi pagi... ..

No comments:

Post a Comment