Saturday, September 27, 2014

fakta fiksi didaktik

tika tangan ditadah, itu waktu yang paling lemah dapat dirasakan,
namun,
tatkala senyuman kembali terukir, diganti dengan ilai tawa,
diri merasakan kuat lantas alpa saat ia lemah dulu.
tika itu tangan disorok dalam kocek, dan ia berjalan dengan gahnya,

manusia itu sentiasa lupa, selalunya,
dan lupa itu dikatakan fitrah dan lumrah.

mungkin, sebab itu juga,
ia terlupa,
bahawa
Tuhan tidak pernah lupa setiap apa yang berlaku dan dilakukan.
sungguh.

cuma,
kita sahaja yang bongkak,
dan kerap tidak sedar diri,
dan tiada malunya.

No comments:

Post a Comment