Thursday, September 18, 2014

Magrib yang disisihkan

kerana Magrib itu seringkali kau katakan sebagai kekasih gelapmu, yang kau cari tika kau rasa tiada siapa yang mahukan kau, dan kemudian kau kembali sisihkan dan abaikan ia tika kau gembira.

maka aku tuliskan ini tika suara dari Musolla itu bergema memanggil manggil untuk menghampiri. sebagai peringatan, untuk aku, untuk kau, untuk mereka, agar tidak menyisihkan magrib, seperti mana yang yang telah berlaku terhadap Subuh.

*diam.

takrifan cuti sekolah untuk aku ialah memerapkan jiwa dan menghabiskan kerjaan sekolah di rumah. menemani orang rumah. terlalu banyak isu yang melingkari dunia pendidikan dan sekiranya kau hanya mendengar kata-kata mereka tentang cerita-cerita gelap dan hanyir itu, maka, kau  mencerca dan menyisih seperti mana yang kau lakukan terhadap magrib. kecenderungan yang pilih.

aku cuma mahu kau berfikir sebelum bersuara, 
mungkin ada kambing hitam yang bakal disembelih.
* diam dan rasa hanyir

No comments:

Post a Comment