Sunday, December 7, 2014

serabut selirat yang menjerut kekusutan

aku  mendengar tiupan sangkakala yang sayup-sayup kedengaran dari kejauhan,
sayup dan perlahan;

aku bukan bercerita tentang fiksi atau halusinasi,
ini kenyataan yang nyata.

aku dengan wajah kosong yang kerap disalah ertikan,
mereka gemar mentafsir daripada wajah kosong aku,
sedang aku sebenarnya terperangkap dalam polaroid usang;
dengan minda aku kosong, hati aku juga; kosong;

ada bunyi dentang denting; apa kau tidak mendengar ?
mengapa masih menghambat aku dengan soal soalan?
soalan itu terlalu berat, sukar untuk aku cerna dan hadam;
dengan fikiran aku kosong, hati aku juga; kosong;




aku perempuan yang tidak ada mahunya;
tiada maskara, tiada gincu; tiada;
tiada mobil, tiada banglo; tiada;
tiada sepatu tumit tinggi; tiada
tiada gaun warna warni; tiada;

kemudian;
polaroid usang itu dipantul oleh cerminan,
lantas menampak wajah kusam masam aku,
aku perempuan yang tidak ada mahunya;
yang kebanyakan usianya dipijak masa;
lunyai dan berderai.

No comments:

Post a Comment