Monday, July 11, 2016

muka kelat; hati ketat

muka kelat; hati ketat;
dan manusia di sekeliling yang melolong penat;
dan mereka semuanya menjerit kesat;

hidup haruskah begini?

mungkin harga sebuah toleransi dan bertimbang rasa itu sudah tiada;
dan mungkin semua sekali terlupa bahawa perkataan sibuk itu bukan milik mereka;
dan mungkin juga ada yang tidak mengingati bahawa frasa penat itu dirasai semua bergelar manusia.

manusia dan sia sia;

muka kelat;hati ketat;
dan mungkin aku perlu belajar semula cara untuk menguntum senyum tika tensi;

*tarik nafas.

 pejam mata erat erat; lupakan dulu duniawi, selamat malam seluruh hambaNya,,, ,,,

*diam.




No comments:

Post a Comment