Monday, March 20, 2017

Kita ini melaungkan ketabahan tatkala ada insan lain yang rebah? Kita gembira atas kesengsaraan yang lain?

Lama, aku sudah tidak merasa amarah, faktor usia,
amarah, dihadam dan bukannya dihambur.

Namun, waktu ini, ada amarah yang terlekat, tersekat dan menyesakkan


TABAH ???
Ada yang melaung laungkan lagu ketabahan
Ada yang menjerit jerit sorakan kesabaran,
Ada yang melakonkan watak seolah olah ia insan paling lemah,

Tarik nafas,
Tulisan bercelaru kerna aku sudah lama bisu,
Tulisan berserabut kerna minda aku kusut,

Untuk apa layaknya jeritan ketabahan, kekuatan, kesabaran,
Tatkala yang sebenarnya sakit dan sudah terkelar separuh nyawa kepedihan ialah orang lain ?

Moga ada yang gembira membina rasa tabah atas ketabahan insan lain.

TUHAN ADA,dan,SENTIADA ADA.
TUHAN TAHU,dan,SENTIASA TAHU.

penjelasan mirip pembohongan,
Diam, mungkin lebih menyenangkan dan menenangkan.

Tarikh nafas. diam dan ingat Tuhan.
selamat malam semua makhluk Tuhan.

No comments:

Post a Comment